1 September 1997 - SK Alam Megah Dua ditubuhkan. Terletak di Persiaran Kuala Langat, Seksyen 27, 40400 Shah Alam dengan keluasan 10.6 ekar. Tapak sekolah ini asalnya ialah kawasan berpaya dan dikelilingi oleh taman perumahan di bawah kawasan Majlis Perbandaran Shah Alam (MBSA).
Kawasan sekolah ini mengandungi tiga blok bangunan akademik termasuk pejabat pentadbiran dan satu blok kantin.
Pada awal penubuhannya, hanya seramai 13 orang guru dan 360 orang murid yang berasal dari sekolah berhampiran iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Alam Megah. Kelas yang dibuka peringkat awalnya ialah kelas tahun satu hingga tahun empat. Kelas-kelas tersebut diberi nama Anggur, Belimbing dan Ciku. Purata murid bagi setiap kelas seramai 25 hingga 30 orang.
Dataran Ilmu telah dibina pada tahun 2000.
Bermula tahun 2001, nama kelas telah ditukar kepada Jujur, Gigih, Ikhlas dan Tekun.
Bangunan Prasekolah dibina pada tahun 2003 dan mengandungi 2 buah kelas.
Dewan berbumbung PIBG telah siap dibina pada bulan Februari 2016.